PUTRAJAYA: Bekas pengurus syarikat binaan dan perkhidmatan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati itu kepada penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya warga Indonesia dengan 28 tikaman, enam tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam keputusan sebulat suara mengekalkan sabitan terhadap Sobri Abdul Wahab, 46, bagi kesalahan itu dan memutuskan rayuan perayu tidak mempunyai merit.
"Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mensabitkan kesalahan terhadap perayu (Sobri). Mahkamah juga mendapati ketidakwarasan perayu ketika kejadian tidak dapat dibuktikan dan oleh itu, sabitan adalah selamat dan dikekalkan," kata Hakim Hadhariah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.
Bagaimanapun, Hakim Hadhariah mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Dis 2021 dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan serta memerintahkan perayu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 10 Mac 2018.
Berikutan pindaan ke atas Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun ke atas pesalah jika tidak dijatuhkan hukuman mati. Pesalah lelaki juga hendaklah dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
Sobri didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 2021 kerana membunuh pembantu kantin sekolah Gusnima, 38, di sebuah pangsapuri di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini antara 6 petang hingga 8 malam, 10 Mac 2018, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Terdahulu, peguam K.A Ramu yang mewakili Sobri berkata anak guamnya itu tidak waras dan tidak mengambil ubat ketika kejadian namun Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee membantah bahawa lelaki itu tidak waras apabila bertindak membunuh kekasihnya itu.
"Ketika kejadian perayu berkelakuan biasa dan waras," kata Ng.
Dalam prosiding itu, perayu turut diwakili peguam Khairul Naim Rafidi dan Farida Mohammad.
Media sebelum ini melaporkan Gusnima yang berasal dari Medan, Indonesia dan bekerja sebagai pembantu kantin sekolah, ditemukan maut dengan 28 kesan tikaman di dapur rumah sewanya di Bukit Jelutong di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati terhadap tertuduh oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan. - Gambar hiasan
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
Tiga lelaki dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan miliki, edar dadah
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah, tiga tahun lepas.
Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.